Tazkirah Jumaat...

Salam blogger sume n pembaca setia blog reha...
Salam Jumaat, penghulu segala hari... =)

Entry kali ni reha ni cerita pasal kelebihan bersalawat ke atas junjungan besar kita Rasulullah SAW...
semalam, bru shj berlansung Sambutan Maulidur Rasul kat tempat reha study nie..
terdapat ustaz jemputan dr UKM yg datang memberi ceramah kat kami sume...
dalam ceramah ustaz tu ade menceritakan tentang kehidupan Nabi kita sebelum dan selepas kewafatannya...
selain tu jgk kita diwajibkan bersalawat keatasNya, Rasul dan kemudian apa yg dihajati..



Ada hadis menyatakan, Dari Fadhalah bin Ubaid r.a katanya : Rasulullah s.a.w pernah mendengar seseorg yg berdoa, tetapi tidak mengucapkan puji-pujian kpd Allah Ta'ala dan tidak pula membaca selawat kpd Nabi s.a.w, lalu Rasullullah s.a.w bersabda : Tergesa-gesa sekali org ini, kemudian org itu dipanggilnya. Nabi s.a.w bersabda pd org itu atau pd org yg lain juga : jikalau seseorg di antara engkau semua hendak berdoa, maka hendaklah memulakan dgn mengucapkan puji-pujian kpd Allah, selanjutnya membaca selawat kpd Nabi s.a.w seterusnya bolehlah dia berdoa dengan apa yg dikehendakinya. (HR Abu Dawud dan Termidzi).

Nabi s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat pada ku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberi rahmat 10 kali)". (HR Baihaqi)
Dari Aus bin Aus r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersbada, "Sesungguhnya di antara hari2mu yg paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaKu pada hari itu, sebab sesungguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat berkata : Ya rasulullah, bagaimanakah selawat kita semua dpt ditujukan kpd Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya? Nabi s.a.w bersabda : Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk mkn tubuh sekalian Nabi. (HR Abu Dawud dgn Isnad Sahih).

Dari Ibnu Mas'ud r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, "Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah org yg terbanayk berselawat padaku, yakni lebih diutamakan utk memperoleh syafaat dan dpt kedudukan yg terdekat dengannya. (HR Termidzi, hadis hasan)

Sesungguhnya Allah dan Malaikat-malaikatNya berselawat kpd Nabi, Wahai orang2 yg beriman, Ucapkanlah selawat dan salam dengan sebenar-benatnya salam kpd Nabi itu. (al-Ahzab:56)

So kepada kawan2 sume samalah2 kita berselawat keatasnya, supaya kita dpt manfaatnya dia akhirat kelak... Allahhualam~~
truly : rehafareha

No comments:

Post a Comment

" '
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...