Azam Tahun Baru!!!

Assalamualaikum sume blogger n pambaca setia blog reha, salam jumaat, penghulu segala hari dan jgk hari jumaat yg terakhir tok thun 2011 ni... Dlm mase lbih kurang sehari lg kita akan melangkah ke thun baru 2012... Pasti ramai yg sebok2 tok perancangan thun 2012 yg bkal tiba ni kan..? Kpd pasangan yg bercinta msti sebok dgn Perancangan nk kawen la, yg student plak azam nk blaja rjin2 thun bru ni, bg yg bekerja msti nk keje dgn lbih cemerlang, or perancangan nk beli rumah, kereta or moto ke.. kan???

So the same thing, berlaku jgk kat reha... tp thun2 sblom ni reha x pnah nk mengharap ape2 untuk azam yg nk dicapai, mase skolah dulu pnah la, azam nk blaja rjin2 smpi msok "U" tp hajat tu still blom tercapai, tp x pe wlupon bkn blaja kat "U" reha still pnuhkan impian nk smbung blaja, wlupon result exam x mengizinkan nk melangkah ke alam "U" tp reha bersyukur dgn ape yg reha ade skang, mgkn Allah dh tentukan jalan reha mcm ni... tp InsyaAllah 1 hari nnt kalo diizinkan reha nk sgt capai cita2 tu jgk.. Utk thun 2012, reha ade pkir nk capai azam bru, yelah lg 1 thun lg reha nk abes blaja sblom melangkh ke alam kerja... tok sthun ni ade 2 lg sem.. so reha nk blaja sungguh2 tok capai ponter tinggi dan nk capai dekan... =) InsyaAllah.. harap2 reha akan terus berusaha nk capai cita2 ni...
Selain dr tu, reha de niat lain yg semua umat islam inginkan, iaitu kemana lg kalo bkn ke Tanah Suci Makkah... Dlm perancangan, reha nk ikot ayah g wat umrah... teringin rasenye nk melangkah kaki ke sana, Yelah setelah melihat ibu dan ayah blik drpd Haji aritu... hati ni memanggil2 nk kesana jgk... =) dan stlah m'dgr cerita drpd ibu dan ayah semasa di Tanah Suci cukup membuatkan reha tertarik nk kesana jgk... Semoga niat suci hati reha ni Allah makbulkan... Amin~~~

Jadi nilah antara dua hajat besar reha thun baru ni, kawan2 sume mcm mane??? msti azam korang lg best dr reha kan?? Semoga Allah makbulkan juga doa kalian tu... Sbnarnye bnyk jgk hajat yg reha nk wat, tp x pe lah.. kita lakukan mana yg termampu dulu.. mgkn lain thun hajat tu akan menyusul... Ikot kan hati, lpas reha capai dua hajat besar reha thun ni, reha nk bercuti 1 family.. Dgn ibu, ayah, along n angah.. destinasinya x tau lg.. bia mase yg menentukannya... Almaklumlah dh lame x sgt kami x bercuti 1 family... mase reha kecik2 dulu ayah rjin la bwk berjln, bile dh besar2 ni... kureng ckit... tp x pe, harap2 ade wktunya nnt... Amin~~

Sekian shj entry reha kali ni, Moga thun baru 2012 ni beri sinar harapan tok kita semua... wasalam ^_~


truly : rehafareha

Kenikmatan di Sebalik Kesakitan...

Assalamualaikum sume blogger... harap2 hari ni lebih ceria dan sehat2 hendaknya... almaklumlah, skang ni tgh musim2 demam org kate, dengan cuaca yg x menentu skang ni dan juga musim2 buah... mmg senang sgt badan kita dijangkiti virus... reha pon dlm tempoh sebulan ni dua kali reha demam trok... nsib baik la reha tgh cuti sem... so bleh la relak je kat umah, x yah pkir ape2.. bg sape2 yg keje or tgh blaja tu mmg susah la sbb terpaksa mntk MC sume utk rehat...

Tp dalam kita x sedar sebenarnya di sebalik sesuatu kesakitan yg kita alami tu hanyalah ujian drpd Allah utk menguji hambanya... salah satu kelebihan bg org2 yg sakit ni ialah dapat mengangkat darjat seseorg di sisi Allah SWT... ade sebuah hadis riwayat Al-Tirmizi drpd Anas bin Malik r.a, bahawa Rasulullah bersabda yg bermaksud : " Sesungguhnya balasan pahala besar yg diperoleh melalui ujian yg besar. Kalau Allah mencintai seseorang, pasti Allah akan memberi ujian kepadanya. Sesiapa yg redha menerima ujian Allah, maka baginya keredhaan-Nya dan sesiapa yg kecewa menerimanya, nescaya ia akan menerima kemurkaan-Nya.. "

Jadi kepada sesiapa yg mendapat kesakitan janganlah kita mengangap ia sebagai satu siksaan/bala... terimalah ia dengan redha dan sebagai ujian drpd-Nya... Sama2lah kita berdoa agar diberi kesihatan yg sebaiknya agar dapat menjalani kehidupan ini dengan sebaiknya... Amin~~~


truly : rehafareha

Jodohku~~

salam, hai blogger sume... sehat ke?? harap2 sehat hendaknye... dalam musim cuti2 skolah ni, msti korang dpt bnyk jemputan kawen dr sedara mara, jiran2, or maybe kwn2 skolah dulu... temasuklah reha... oppsss... tp bkn reha nk kawen okey... bru smlm reha g jemputan kawen kawan skolah rendah reha dulu... terasa tumpang gembira untuk kawan2 yg dh msok gerbang alam perkahwinan ni... =) *bilalah diri sendiri pnye ek?? hehe... berangan je keje reha ni.. aishhh... =.=" tp sempat juga lah reha posing kat pelamin kwn reha... amek berkat kate org.. hehehehe...
sweet x?? =P

So untuk entry kali ni, reha ade jumpa artikle pasal JODOH... Jodoh adalah perkara yg telah ditetapkan oleh Allah... Tetapi b'mana kita nk tau yg dia mmg takdir untuk kita??Allah SWT telah m'gurniakan manusia telinga utk mendengar, mata utk melihat dan akal utk berfikir, jadi gunakanlah sebaiknya bg mengungkap rahsia cinta anda... =) Korang tau x dlm sedar atau x kita berkawan dgn seseorg tu, sbnarnye dialah jodoh kita... haa, jgn men2 tau!! kuat penangan jodoh ni... hehehe... tp sejauh mane kebenaran tu hanya Allah SWT shj yg tau dan dah tertulis olehNya samada dia jodoh kita atau bukan... Jadi ni adalah 10 petanda bahawa dia jodoh kita...

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

haa, dh abes bace??? npe senyum2 tu??? msti ade kene mengena kan??? kalo ade tu Alhamdulillah reha ucapkan, semoga dia jodoh yg terbaik untuk kita... kalo x de tu jgn bersedih mgkn ade org yg lebih baik untuk kita selain si Dia... ok???

Jumpa lg di entry yg berikutnya~~~

truly : rehafareha

Sabar... pasti ada.. =)

Ni adalah salah satu entry yg reha copy paste tok tatapan kita bersama... 
kepada sesiapa yg belom bertemu jodohnya, Insya Allah pasti ada... =)


‎>> Jodohku adalah RAHSIA Dia..<<

~✿..Sekali-kali terfikir tentang jodoh, pada akhirnya kelak dengan SIAPA aku akan MENIKAH..siapakah dia yang akan menjadi IMAM dalam solatku, siapakah dia yang akan menjadi NAKHODA dalam bahtera rumahtanggaku..✿~

>>> Allah adalah sebaik-baik pengatur..HIKMAH pasti ada di hujung lorong ujian..cuma, manusia selalu KURANG SABAR..belum sampai ke hujung jalan, sudah BERPUTUS ASA..lalu, bagaimana mahu sampai kepada hikmahnya? Jodoh, memang misteri Ilahi..sampai masa dia PASTI datang..membawa kita terbang bersama cuma perlu SABAR..♥♥



*Psst : ni juga tok ibu ayah reha yg isaukan anak2nya yg msih bujang.. terutama sekali tok anaknye yg sulung, akak reha la.. hehehe, sabar ye ibu ayah~~ InsyaAllah doa ibu ayah di jabalrahmah akan dimakbulkan oleh ALLAH SWT... amin~~~



truly : rehafareha

Yogurt Ice Cream~~~

Salam hai blogger, lame x dgr cite kan?? hmm, so sehat2 ke sume?? kalo sehat, alhamdulillah...
Untuk story kali ni reha nk cite psal ice cream la rasenye, sbb dh tajuk pon mcm tu kan??? hehehehe...
ape itu ice cream/ais krim??? msti ramai yg suke kan?? tipu la kalo x suke... dlm hidup seseorg manusia msti pnah mkn ice cream pnye... huhu~~

Ice cream yg reha nk cite ni bkn la sebarang ice cream, tp ice cream yogurt... kalo dh mane pon yogurt msti la berkaitan dgn kesihatan kan??? so ape lg ice cream yogurt yg ade kat malaysia ni selain Tutti Frutti... Sbnarnye tutti frutti ni bwh naungan kumpulan NAZA Group, dan diasaskan oleh anak arwah Tan Sri SM Nasimuddin... kalo x salah la info ni.. kalo salah sowi la ye.. ice cream ni bnyk kebaikannya, contoh sprt :-
  • menguatkan sistem imun
  • mencegah sembelit, cirit-birit dan kembung perut
  • merendahkan tahap kolestrol
  • mencegah bakteria bahaya
so kpd sape2 yg tgh diet tu nk mengidam plak nk mkn ice cream kan?? Leh cube ice cream yogurt dr Tutti Frutti ni... reha stakat ni dh try 2 kali mam ice cream ni, not bad leh tahan jgk... tp x leh slalu la plak... kopak plak nnt... huhu... yg pling reha suke dia pnye topping... mcm2 leh taruk, ikot sdap tekak kite, sumenye selfservis... "amek ice cream, ltak topping then bayar pastu Mkn!!! hehehe...

bru ptg td reha g lagi dgn kak long reha, kini dh ade cawangan baru kat rawang, so leh la pegi sape2 yg tggal area berdekatan... =) dan ni antara gmba yg sempat reha rakamkan smbil menikmati Tutti Frutti ni... Enjoy~~





*psst : tibe2 kan rase nk bkak jgk cawangan tutti frutti ni sendiri, sbb dia jlnkan konsep francais, bru dua hari lpas kua berita psal bkak cawangan kat london.. agak2 reha nk bkak kat mane ye nnt??? mgkn afrika selatan??? sbb cuaca kat sane kan panas.. hehehe...

truly : rehafareha

New Song...

Salam, hai blogger sume... tibe rase nk kongsi 1 lagu yg reha suke... dr Shila Hamzah - Patah Seribu... kalo dihayati liriknye memang ade kene mengena dgn reha, so touching... pndi Shila Hamzah ni wat lagu kan??? kene dgn jiwa... almaklumlah reha dgn Shila sebaya... kami lahir tahun yg sama... mgkn ade chemistry kat situ... hahaha, konon je kan???

So enjoy this song...


Ni lirik dia, smbil dengar leh nyanyi sekali... =)

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

Oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…

 Truly : rehafareha



" '
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...