1001 Fakta Keajaiban Air Wudhu...

salam sume blogger n pembaca setia blog reha...
salam jumaat walupon dh mlm kan, tp lom kul 12 lg..

harini reha nk share 1 perkara yg kite semua wajib lakukannya sebelum SOLAT..
iaitu mengambil wudhu...

Dalam Hadis Riwayat Muslim berkata air wudhu mampu 
mengalirkan dosa2 yg pernah dilakukan oleh mata, telinga, hidung, tangan dan kakinya 
sehingga yg berkaitan bersih drpd dosa..
Para Ulama melarang mengeringkan air wudhu dgn kain kerana dikatakan
bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dr air wudhu itu..

Yang pling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya,
yakni memberikan rasa percaya diri sebagai
seorg yg "Bersih" dan setiap waktu dpt menjalankan ketaatannya kpd Allah SWT 
spt mendirikan solat, menyentuh atau membaca Al-Quran..

Dari Abdullah Bin Zaid Bin Aasim Al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya : "Tunjukkan kpd kami cara rasulullah SAW berwudhuk. maka beliau pon meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke ats tapak tgn dan membasuhnya sbnyk 3 kali. Kemudian beliau memasukkan tgn ke dlm bekas utk mencedok air dgn tangannya dan berkumur0kumur serta memasukkan air ke dlm hidung dgn air yg sama sbnyk 3 kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lg lalu membasuh muka sbnyk 3 kali. Selepas itu, beliau mencedok lg dgn tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku 2 kali. Kemudian beliau mencedok lg lalu menyapu kepala dlm keadaan menyapu tgnnya dr arah depan kepala ke arah belakang dan mnyapu tgannya kembali ke arah dpn kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata : 'Beginilah cara Rasulullah SAW mengambil wudhu." (Hadis Riwayat Muslim) 

Wudhu yg sempurna akn mendapat kekhusuyukan dlm sembahyang. Sembahyang yg mampu mencegah seseorg itu drpd melakukan perkara yg keji dan mungkar krn wudhu itu bertujuan membersihkan diri drpd kotoran najis dan hadas..

Wallahu'alam...
Semoga bersama2 kita amalkannya...

psttt : reha pon hanya insan biasa yg x terlepas dr dosa..
entry ni sekadar kongsi ilmu yg reha dapat... =)
truly : rehafareha

1 comment:

" '
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...